Pindaan kepada Akta Insolvensi meliputi lima perkara

Rang Undang-Undang Insolvensi (Pindaan) 2023 yang dibacakan kali pertama hari ini akan meliputi lima perkara, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Lima perkara tersebut adalah seperti berikut:

a) Penggunaan teknologi maklumat dalam pentadbiran kes insolvensi
b) Pengendalian mesyuarat pemiutang
c) Penambahbaikan mekanisme pelepasan kebankrapan automatik
d) Penambahan kategori bankrap yang layak dilepaskan melalui pengeluaran sijil Ketua Pengarah Insolvensi tanpa perlu melalui bantahan pemiutang
e) Semakan nilaian berkaitan kebankrapan:-
i) nilai harta yang boleh dikecualikan daripada pembahagian kepada pemiutang
ii) nilai harta kes kebankrapan kecil dan had gaji bagi kelayakan kes ditabir secara terus

Menurut Azalina, pindaan ini adalah selaras dengan pelaksanaan dasar peluang kedua untuk membantu bankrap dilepaskan dan diberi peluang kedua untuk mengukuhkan kedudukan kewangan.

Bacaan kedua untuk pindaan ini akan dibacakan dalam sesi ini.

BACA JUGA: Kerjasama dengan 10 fakulti undang-undang tambah baik bantuan guaman

Â