PM Anwar jamin tiada kenaikan tarif elektrik tetapi meningkat secara berfasa untuk syarikat multinasional

Rakyat nampaknya boleh menarik nafas lega apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan tidak akan menaikkan tarif elektrik walaupun jumlah keseluruhan kos subsidi bahan api itu dijangka mencecah RM30 bilion.

Dalam sidang media di Bangunan Perdana Putra hari ini, Ahli Parlimen Tambun berkenaan menegaskan bahawa kerajaan diterajuinya tidak akan membebankan rakyat.

Bagaimanapun, beliau berkata, tarif elektrik akan dinaikkan sedikit secara berfasa untuk kategori syarikat multinasional yang mengeksport produk ke luar negara.

“Jadi, keputusan kita ialah tidak menaikkan tarif elektrik, kecuali untuk mereka yang benar-benar kaya.

“Masalah dengan pemberian subsidi ini ialah ia dilihat tidak dilakukan dengan telus, sebaliknya dilihat hanya memberi keuntungan kepada golongan kaya.

“Masalah dengan pemberian subsidi ini ialah ia dilihat tidak dilakukan dengan telus, sebaliknya dilihat hanya memberi keuntungan kepada golongan kaya.

“Maka saya berpandangan kita akan meningkatkan tarif secara berfasa untuk syarikat multinasional,” kata Anwar lagi.