PM Anwar lakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Halimah

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Halimah Yacob di Kuala Lumpur.

Ini merupakan pertemuan kedua Perdana Menteri bersama Presiden Republik Singapura selepas lawatan negara beliau ke republik tersebut pada 30 Januari lalu.

Kunjungan hormat itu turut dihadiri Menteri Luar Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

“Semasa pertemuan tersebut, kami bertukar pandangan berkenaan isu-isu dua hala yang berkepentingan bersama,” kata Anwar dalam kenyataan hari ini.

Ini merupakan lawatan negara sulung Halimah dan suami, Mohamed Abdullah Alhabshee ke Malaysia selama tiga hari bermula semalam.

Anwar melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Halimah yang dalam rangka lawatan rasmi ke Malaysia pada 21 Mac 2023. Foto FB Anwar Ibrahim

BACA JUGA: Presiden Singapura, Halimah Yacob diberi sambutan negara