
PM Anwar solat Jumaat, hadiri Kenduri Rakyat di Johor Bahru hari ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan akan menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Ar-Rahman, Taman Dahlia di Johor Bahru hari ini.
Sebelum itu, beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) akan singgah di kedai makan di Taman Cempaka untuk makan tengah hari bersama rakyat setempat.

Rakyat setempat teruja setiap kali Perdana Menteri turun padang untuk makan tengah hari dan Solat Jumaat di seluruh negara.
Selesai solat Jumaat, Menteri Kewangan berkenaan akan meluangkan masa pula untuk beramah mesra dalam Kenduri Rakyat di Dataran Taman Dahlia.
Jadual Perdana Menteri di selatan tanah air seterusnya padat dengan Sesi Dialog Belanjawan 2024 Bersama Pemain Industri Negeri Johor.
Dialog bertempat di Banquet Hall, Kota Iskandar itu dijadual bermula jam 4 petang ini.
BACA JUGA Kerajaan tak lepas tangan, sentiasa cari jalan ringankan beban harga barang