
PM Anwar tegas tak akan iktiraf LGBT, Pas terus tabur fitnah
Oleh AHMAD MURSI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan semua kaum di Malaysia Muslim, Kristian, Hindu, Buddha tolak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Kita tidak ‘harass’ individu yang terjebak dengan budaya songsang ini kerana semua warga dijamin keselamatan mereka di bawah undang-undang.
Tidak boleh cederakan mereka, merompak, ganggu keselamatan, cerca, buli mereka.
Jawapan Anwar dalam wawancara CNN itu melegakan rakyat pelbagai kaum yang benci sikap media Barat paksakan nilai songsang mereka ke negara lain.
Awal bulan ini, NGO Justice for Sisters buat kenyataan hak asasi L@BTQ merosot di bawah pentadbiran Anwar. Alhamdulillah, kita tegas.
Kempen, ceramah dan didikan untuk banteras kena terus berjalan.
Ustaz Pas dah mula mencari ruang untuk memfitnah dan menyerang PMX, walhal dah ditegas sejelasnya.
Kalau Pas anggap wajar ‘harass’ (kacau ganggu) individu LGBTQ ini, kenapa mereka tidak lakukan semasa 33 bulan? Ceroboh rumah mereka, tangkap semua yang terlibat, rampas harta mereka.
Di Kelantan, kes HIV akibat seks songang naik mendadak. Apa rancangan Pas untuk bendung?
Pas yang sensasikan isu ini sebagai modal menyerang PMX sebenarnya membantu promosi budaya songsang itu.
Saya nasihatkan, jangan dicipta fitnah. Bimbang kelak Allah balas uji kamu dan keluarga kamu dengan budaya songsang itu.