PM bertemu Li Qiang di Nanning esok

PM bertemu Li Qiang di Nanning esok

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya Li Qiang sempena lawatan beliau ke Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang di selatan China, esok.

Beliau yang juga Menteri Kewangan mengadakan lawatan kerja ke bandar raya itu esok bagi menghadiri Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2023 atas undangan Li.

Konsul Jeneral di Nanning, Ahmad Phadil Ismail berkata, kedua-dua pemimpin akan bertemu buat kali kedua tahun ini selepas lawatan sulung Anwar ke China pada Mac lalu.

“Mesyuarat dua hala itu akan membolehkan kedua-dua pemimpin membuat susulan berhubung perbincangan terakhir mereka,” katanya kepada wartawan Malaysia di Nanning hari ini.

Jelasnya, Perdana Menteri juga akan mengadakan sesi libat urus bersama gergasi korporat China selepas bertemu Li.

COMMENTS

Wordpress (0)