Projek segera yang diumumkan Anwar sudah dirancang lebih awal

Projek segera yang diumumkan Anwar sudah dirancang lebih awal

“Projek segera” dan peruntukan khas yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melakukan lawatan negeri termasuk siri “Temu Anwar” merupakan program dan projek yang telahpun diteliti dan dirancang lebih awal dengan mengambil kira keperluan keutamaan dan kemampuan kewangan semasa kerajaan.

“Kelulusan peruntukan bagi pelaksanaan program/projek yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri adalah merupakan program/projek yang telah diteliti dan dirancang lebih awal dengan mengambil kira keperluan, keutamaan dan kemampuan kewangan semasa kerajaan.

“Projek-projek yang diluluskan adalah bersifat berkepentingan rakyat bagi memenuhi keperluan semasa dan selanjutnya memberi manfaat terus kepada rakyat,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Syahir Sulaiman (PN-Bachok).

 

 

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )