Rakyat Johor sambut PM Anwar dengan meriah

Kunjungan setengah hari Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Johor kelmarin telah mendapat sambutan yang luar biasa dari rakyat Johor. Mereka telah berebut-rebut untuk bergambar dan mengambil gambar Anwar ketika beliau bersolat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Melayu Majidi, Johor Bharu. PM Anwar juga sempat menghadap Sultan Johor semasa kunjungan singkat ini.

Berikut adalah gambar yang dirakamkan semasa kunjungan itu.

Anwar melambaikan tangan kepada orang ramai yang berebut-rebut untuk bersalam dan mengambil gambar beliau.

 

Orang ramai berebut-rebut untuk bersalam dengan Anwar di Masjid Jamek Majidee, Johor Bharu.

 

Anwar menandatangani plak perasmian masjid.

 

Anwar mengaminkan doa selepas solat Jumaat.