
Rakyat puji Kerajaan Perpaduan, Axia harga ‘rahmah’ RM22,000
Rata-rata rakyat menyambut baik dan memuji Kerajaan Perpaduan susulan pelancaran model Axia E dengan harga ‘rahmah’ hanya RM22,000 tanpa insurans.
Reaksi orang ramai itu selepas Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) hari ini memperkenalkan model terbaharu tersebut untuk disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad dilapor berkata tempahan untuk model itu mula dibuka sekarang dan penghantaran dijangka akan dapat dilaksanakan dalam tempoh beberapa hari selepas tempahan.
“Ini kerana Axia E mempunyai stok sedia ada sebanyak 3,000 unit dan memang sudah bersedia untuk dihantar segera selepas tempahan,” katanya selepas majlis memperkenalkan Axia E di di Petaling Jaya, hari ini.
Model terbaharu Axia E ini paling murah pernah diperkenalkan oleh Perodua sejak model pertamanya, Kancil, yang dilancarkan pada Ogos 1994 dengan harga RM24,800.
“Berita baik sekian lama tunggu. Semoga semua dapat merasa naik kereta selepas ini. Amin.
“Terbaik. Moga Allah rahmati orang yang cetuskan idea nak hasilkan kereta harga rahmah ni.
“Semoga memberi manfaat bagi yang sangat perlukan kereta tapi kurang berkemampuan.
“Alhamdulillah, terima kasih. Semoga lebih ramai rakyat yang kurang berkemampuan dapat merasa pakai kereta.
“Ok sangat sebenarnya dari tiada kereta langsung. Mantap Axia Rahmah! Tahniah Perodua,” demikian antara komentar orang ramai di media sosial.
BACA JUGA Keluarga sakan beraya, anak kembar menangis ketakutan dalam kereta berkunci