Ramai gembira PM umum cuti tambahan Aidilfitri tapi walaun pula tak puas hati

Penyokong tegar Pas yang mesra digelar sebagai ‘walaun’ masih tidak berpuas hati ketika ramai gembira dengan pengumuman Perdana Menteri memberi satu hari kelepasan am tambahan sempena Aidilfitri.

Penyokong pembangkang dilihat cuba menyindir kerajaan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk mempersoal bila harga minyak akan diturunkan.

Mereka turut secara sinis mempersoalkan pemberian cuti tambahan satu hari itu bukanlah luar biasa selain menyelar Anwar yang juga Menteri Kewangan kononnya tiada idea lain.

Walau bagaimanapun, reaksi mereka yang menjengkelkan itu cepat dibidas oleh penyokong kerajaan Madani.

“Jadi? Nak tunggu Hadi Awang (Presiden Pas) umum? Rasanya tak mungkin,” bidas pengguna Facebook, Mohd Shahrim.

Rata-rata menyambut baik pengumuman menggembirakan menjelang 1 Syawal ini dan menasihatkan pihak yang masih tidak berpuas hati agar cuba untuk menghormati.

“Alhamdulillah. Terbaik kerajaan Madani dan PM Anwar untuk rakyat Malaysia bercuti.

“Ada juga yang tak puas hati asyik tanya itu, ini sebab apa tak free atau tak turun.

“Jika kita tak dapat manfaat tu, kenalah rasa gembira orang lain dapat manfaat tersebut,” kata Uzir Husin.

Terdahulu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun mengumumkan cuti tambahan satu hari sempena Aidilfitri itu bagi memudahkan rakyat membuat perancangan sewajarnya untuk pulang ke kampung halaman.

Menurutnya, kerajaan menetapkan hari Jumaat, 21 April ini sebagai hari kelepasan am tambahan jika tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Sabtu, 22 April.

Jelasnya, bagi Sabah dan Sarawak pula, kerajaan negeri boleh mengisytiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

BACA JUGA Sindiran ‘buat-buat berlaga’ penyokong tegar Pas mengundang kecaman