Ramai yakin PM Anwar mampu pulihkan ekonomi

Sebanyak 74 peratus responden yakin dengan kemampuan kerajaan diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memulihkan ekonomi negara.

Dapatan awal daripada tinjauan awam oleh Ilham Centre itu juga mendapati 64 peratus daripada mereka bersetuju bahawa Inisiatif Rahmah, Menu Rahmah dan Bantuan Rahmah mampu menyerap dan meredakan beban ekonomi keluarga.

Dalam masa sama, kenaikan kos sara hidup pada masa ini juga diakui 87 peratus responden yang terkesan dari segi pendapatan isi rumah.

Mungkin ‘pukulan’ kos sara hidup yang melambung pada masa ini seperti dibuktikan menerusi tinjauan tersebut, lebih ramai mengambil langkah berhemah menjelang 1 Syawal ini.

Buktinya, 52 peratus responden mengaku perbelanjaan menyambut Aidilfitri masih mencukupi untuk bertahan selama sebulan.

Sementara itu, soalan-soalan berkaitan kerajaan Madani termasuk kemampuan membela agenda Melayu dan Islam dalam polisi negara menunjukkan maklum balas positif.

BACA JUGA Agenda Melayu Islam mampu dibela tapi hebahan dasar Kerajaan Perpaduan pula lembab