
Ratu Naga disiasat Bukit Aman hari ini
Penyokong Perikatan Nasional (PN) Syarul Ema Rena Abu Samah yang lebih dikenali sebagai Ratu Naga akan memeberi keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman ekoran hantaran di media sosialnya berkaitan isteri perdana menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau dijadualkan memberi kenyataan pada pukul 10 pagi.
Ratu Naga mendakwa bahawa Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menyokong Israel. Ratu Naga telah memuat naik hantaran Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang turut memaparkan Wan Azizah dalam akaun Instagramnya.
Ratu Naga pernah aktif di dalam Umno sebelum berpindah ke PKR dan kini menyokong Bersatu.
Beliau pernah menjadi ketua penerangan Wanita PKR sebelum dipecat oleh parti tersebut pada 9 April 2020.