(RENCANA FOTO) Wajah tenang Anwar ketika tunai umrah di Mekah

Menjelang sehari sebelum Ramadan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diberi kesempatan menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah semalam.

Dengan memakai ihram, Anwar bersama rombongan delegasi Malaysia kelihatan tenang melaksanakan tawaf di Masjidil Haram dan bersaie serta menunaikan solat jemaah.

Perdana Menteri turut berdoa untuk kesejahteraan buat seluruh rakyat dan negara agar diberkati Allah.

“Alhamdulillah, saya bersama Azizah dan delegasi Malaysia selesai melaksanakan ibadah umrah.

“Mendoakan kesejahteraan buat rakyat dan negara serta usaha kita menjadikan Malaysia kembali kuat dan gah diberkati-Nya, Insya-Allah,” kata beliau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta rombongan ketika menunaikan umrah di Masjidil Haram, Mekah pada 22 Mac 2023. Foto AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rombongan kerajaan Malaysia menunaikan solat jemaah di Masjidil Haram, Mekah pada 22 Mac 2023. Foto SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rombongan kerajaan Malaysia berdoa ketika menunaikan ibadah umrah di Masjidil Haram, Mekah pada 22 Mac 2023. Foto SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri
Anwar dan Dr Wan Azizah menadah tangan berdoa ketika menunaikan ibadah umrah di Masjidil Haram, Mekah pada 22 Mac 2023.
Anwar bersama Dr Wan Azizah serta berada di pekarangan di Masjidil Haram, Mekah pada 22 Mac 2023. Foto AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri
Anwar bersama Dr Wan Azizah serta rombongan ketika menunaikan ibadah umrah di Masjidil Haram, Mekah pada 22 Mac 2023.  Foto AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri
Anwar dan rombongan kerajaan Malaysia diberi kawalan keselamatan ketika melakukan saie semasa menunaikan ibadah umrah di Masjidil Haram, Mekah pada 22 Mac 2023. Foto SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri
Dr Wan Azizah berada di samping Anwar ketika melakukan tawaf semasa menunaikan ibadah umrah di Masjidil Haram, Mekah pada 22 Mac 2023. Foto AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika menunaikan ibadah umrah di Masjidil Haram, Mekah pada 22 Mac 2023. Foto SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri

BACA JUGA: Sebarkan mesej Ramadan angkat nilai kesederhanaan, kemanusiaan – Anwar