Retreat AMANAH Kedah susun pendekatan terbaik hadapi PRN

AMANAH Kedah menyusun strategi terbaik bagi memastikan parti itu bersama Pakatan Harapan (PH) boleh menang dalam pilihan raya negeri nanti.

Strategi itu disusun dalam retreat dua hari yang berlangsung di Yan baru-baru ini.

Retreat itu menghimpunkan semua pimpinan AMANAH dari semua kawasan dalam negeri Kedah dengan barisan kepimpinan negeri yang baharu.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Wira Mahfuz Omar turut mengingatkan seluruh pimpinan parti di semua peringkat supaya tidak patah semangat dengan keputusan pilihan raya umum (PRU) negeri Kedah baru-baru ini.

“Seluruh jentera parti harus bersiap sedia bagi menghadapi PRN yang dijangka akan diadakan samada pada bulan Jun atau Julai nanti.

“Kekalahan AMANAH dalam semua kerusi Parlimen yang ditandingi di Kedah dalam PRU baru-baru ini ekoran sentimen dan hasutan fitnah yang telah dimainkan oleh pihak lawan.

“Kita mesti mempastikan fitnah ini terjawab dan serangan perlu dihalakan balik kepada mereka,” kata Mahfuz.

Katanya, pemukiman kelmarin amat penting kerana mereka membincang serta mencari kaedah yang terbaik bagi menangkis dan menghentikan segala fitnah serta persepsi buruk yang dilemparkan PN, katanya mantan Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Dalam PRU ke-14 yang lalu AMANAH menang 4 kerusi Dun di Kedah iaitu Kota Siputeh, Kubang Rotan, Pengkalan Kundor dan Alor Mengkudu dari sejumlah 9 kerusi yang ditandingi.

Kedah mempunyai 36 kerusi Dun yang kini dikuasai oleh PN.

 

BACA JUGA AMANAH Kedah dapat Pengerusi, Ketua Pemuda baharu

JUGA 60 sertai AMANAH di Alor Setar

DAN JUGA Dua AJK Fatwa Kedah tidak terlibat resolusi songsang ulama Pas