
Saari Sungib berundur dari Hulu Kelang, mengidap Parkinson
Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib tidak akan mempertahankan kerusinya di dalam pilihan raya negeri kerana mengidap penyakit Parkinson.
“Saya sudahpun memberitahu kepimpinan parti bahawa saya tidak akan bertanding kali ini. Saya mengidap penyakit Parkinson yang serius,” Adun tiga penggal itu dilaporkan berkata.
Beliau yang juga adalah timbalan presiden AMANAH Selangor percaya bahawa penyakit yang dialaminya adalah kesan dari kesengsaraan yang dialaminya ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dua dekad yang lalu.
Beliau ditahan buat kali pertama selama 15 hari pada bulan Oktober 1998 dan kali kedua selama dua tahun di antara 2001 dan 2003.
Ada laporan mendakwa bahawa Amanah akan mencalonkan setiausaha parti Dr Hatta Ramli untuk bertanding di situ.
Saari tidak mengulas laporan tersebut tetapi menawarkan untuk membantu calon yang terpilih.
Enam negeri yang bakal menyaksikan pilihan raya negeri adalah Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan.
Saari memenangi kerusi Hulu Kelang dalam tahun 2008 ketika bersama Pas dan mempertahankannya dalam pilihan raya tahun 2013.
Dua tahun kemudian beliau meninggalkan Pas dan menyertai AMANAH.
Pada tahun 2018, beliau mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti terbesar sebanyak lebih kurang 15,000 undi berbanding majoriti ketika bersama Pas, dalam lingkungan 2000 undi