Salahguna peruntukan? SPRM akan bertindak

Salahguna peruntukan? SPRM akan bertindak

Penyalahgunaan peruntukan dana ahli parlimen akan menyebabkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bertindak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ada dakwaan bahawa tanpa peruntukan, ahli parlimen tidak dapat membantu bila berlaku kematian.

“Saya ingin mengingatkan sekiranya wang ini digunakan untuk kenduri, tindakan akan diambil oleh SPRM,” kata Anwar ketika sesi penggulungan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12.

Beliau turut memberi amaran kepada blok pembangkang agar tidak mendakwa peruntukan tidak diberikan kepada kawasan masing-masing.

“Ada perbezaan di antara peruntukan kawasan dan peruntukan ahli parlimen. Jangan kata tiada peruntukan untuk rakyat.

Khlir Mohd Nor PN-Ketereh mencelah dan menerangkan peruntukan ahli parlimen diperlukan untuk pusat khidmat dan lawatan ke kawasan yang terjejas.

Anwar mengulangi pendiriannya bahawa kerajaan sanggup berunding dengan ahli parlimen pembangkang sebelum sejumlah dana diluluskan.

“Saya sudah arahkan TPM II tapi setakat ini tiada rundingan pun.

Sekiranya banjir, boleh tulis kepada kerana itu tidak termasuk peruntukan (ahli parlimen).

Perikatan Nasional telah menamakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN-Larut) Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) Radzi Jidin (PN-Putrajaya) sebagai wakil rundingan dalam bulan April tetapi mereka belum lagi membuka langkah ke arah itu.

 

COMMENTS

Wordpress (0)