Salahguna SKMM untuk sekat kebebasan media panaskan Dewan Rakyat

Salahguna SKMM untuk sekat kebebasan media panaskan Dewan Rakyat

Sesi Dewan Rakyat pagi ini dijangka panas dengan persoalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) meminta jaminan Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Fadzil jaminan agar kerajaan tidak menyalahgunakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam menyekat kebebasan media dan kebebasan bersuara khususnya kandungan media sosial yang menegur kerajaan kerana ia bercanggah dengan prinsip demokrasi dan manifesto Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum ke-15.

Soalan ini adalah soalan pertama dalam sesi pertanyaan menteri.

Persoalan ini dibangkitkan dalam keadaan Jabatan Penerangan menarik balik pas media Harakah Daily, organ media Pas ekoran laporan media tersebut yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Israel.

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )