Sambutan hangat warga UKM kepada Perdana Menteri

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sambutan hangat dari warga Universiti Kebangsaan Malaysia ketika lawatannya ke Cafetaria Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh (DTAMS) dan Masjid Kampus UKM di Bangi. Masjid tersebut menjadi pilihan beliau untuk mendirikan solat Jumaat. Berikut adalah gambar-gambar ketika lawatan beliau tengah hari tadi.

 

Mahasiswa tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan bercakap dengan pemimpin tertinggi negara.

 

Beliau turut mengambil peluang makan tengah hari bersama warga UKM di Cafetaria DTAMS.

Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat berborak dengan warga UKM selepas makan tengah hari.

 

BACA JUGA: Sisi lain Menteri Komunikasi dan Digital (KKD)