“Sanusi, bila nak haramkan lawatan anak muda ke Thai Selatan?”

Penganalisa politik Malaysia, James Chin bertanya secara sinis apakah tindakan kerajaan Kedah pimpinan PAS untuk menghalang anak muda yang melawat kawasan Thai Selatan untuk “tujuan tertentu”.

“Mungkin mereka perlu mengharamkan semua lelaki bujang dari melintas sempadan,” ciapnya dalam Twitter.

Chin yang juga merupakan profesor pengajian Asia di Universiti Tasmania, Australia turut “memuji” usaha kerajaan pimpinan Sanusi kerana cuba mencegah kemungkaran oleh masyarakat bukan Islam di negeri jelapang padi.

Semalam, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah menghentikan operasi perjudian nombor ekor 4D.

Sanusi dengan angkuh mempersilakan rakyat Kedah untuk mengundi Barisan Nasional dan Pakatan Harapan dalam pilihan raya negeri sekiranya mereka mahukan nombor ekor kembali di negeri tersebut memandangkan PRN akan berlangsung tahun ini.

Kedah adalah negeri ketiga di bawah pentadbiran PAS yang mengharamkan kegiatan judi 4D. Judi adalah haram untuk umat Islam tetapi dibenarkan untuk umat bukan Islam.

Sementara itu, seorang ahli kriminologi dari Universiti Sains Malaysia, Dr P Sundaramoorty melahirkan kegusaran bahawa tindakan kerajaan Kedah akan meningkatkan aktiviti perjudian haram