Sanusi masih ‘menetek’ ketika Anwar berdemo bantah kemiskinan di Baling

Fakta bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperjuangkan isu kemiskinan  sehingga ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhamad Sanusi Md Nor masih bayi perlu disedari oleh orang awam.

Perkara ini diungkitkan oleh pelbagai pihak termasuk rakan-rakan Anwar ketika bersama-sama berdemonstrasi di Masjid Negara bagi membela nasib orang miskin di Baling ketika itu.

Bagi sesetengah pihak, Sanusi masih menyusu (menetek) ketika Anwar berucap dalam Demonstrasi Baling 1974 di Masjid Negara bagi membantah kemiskinan yang dialami penduduk Baling sehingga ada yang meninggal dunia kerana tersalah makan ubi.

Pengkritik Anwar juga menempelak kenyataan Menteri Besar Kedah itu bahawa Anwar tidak tahu apa-apa tentang kemiskinan.

“Sanusi Mohd Noor masa Demontrasi Pelajar Baling baru berusia empat bulan kerana lahir bulan ogos 1974.

“Beliau lahir hampir dengan tarikh Pilihanraya Umum Pertama kali Barisan Nasional ditubuhkan dengan majoriti besar di Dewan Rakyat di bawah PM Tun Abd Razak,” tulis Zaharin Mohd Yassin mengulas kenyataan Sanusi.

Namun bagi Zaharin, Anwar bukan pencetus demonstrasi Baling tetapi mengakui Anwar sebagai presiden sebuah persatuan mahasiswa Universiti Malaya ketika itu yang paling banyak bercakap dalam demontrasi itu.

Anwar kemudiannya telah ditahan di bawah ISA kerana penglibatannya itu.

Sanusi dalam satu ceramahnya memperlekehkan Anwar seolah-olah Anwar tidak memahami penderitaan orang miskin kerana tidak pernah miskin macam beliau.

 

BACA JUGA SPRM buka kertas siasatan aduan PN terima dana judi