Sanusi MB Lato-Lato

Datuk Seri Mohamad Sanusi Md Nor kini lebih dikenali “MB Lato-lato” di kalangan para netizen berikutan sikap beliau yang suka membuat bising tetapi hasilnya tidak ada.

Bagi mereka, jika perkara ini berterusan, yang akan susah adalah rakyat Kedah sendiri, sedangkan Sanusi terus gembira dengan “Raptor”nya.

Sanusi dan Raptornya.

Sanusi didakwa suka mengumumkan sesuatu projek dan program yang belum tentu berjaya semata-mata untuk mendapatkan publisiti.

“Sanusi MB Lato-Lato,” tulis Ahmad Mursi melalui Facebook beliau yang menghuraikan kenapa gelaran itu wajar diberikan kepada Sanusi.

Bagi beliau, amat malang buat rakyat negeri Kedah kerana memiliki Menteri Besar yang kuat bergaduh dan bermulut huduh.

Lato-lato adalah permainan yang cukup popular kebelakangan ini terutama di kalangan kanak-kanak, yang menghasilkan bunyi yang bising.

Sanusi didakwa sebagai MB Lato-Lato yang bingit, kuat gadoh, kerja tak banyak.

“Sebagaimana Lato-Lato bunyinya bingit, begitulah Sanusi MB Kedah. Telinga pun boleh rosak. Sebab tu ada negara dah haramkan,” katanya.

Terbaru, kata Ahmad, Sanusi berkongsi Hadis Nabi S.A.W bahawa jika kita beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah memuliakan tetamu dan menghormati jiran dan bercakap yang baik atau senyap.

“Kononnya dia akan memuliakan tetamu yang hadir ke LIMA Langkawi.

“Tetapi dia lupa dengan dua lagi arahan Nabi SAW iaitu Menghormati Jiran dan bercakap perkara yang baik,” katanya.

Katanya, Sanusilah MB yang kata nak menyekat aliran sungai yang mengalir ke Pulau Pinang.

“Ini menyakiti jiran. Tiba-tiba Allah uji rakyat Kedah dengan masalah Air sekarang ini,” kata beliau merujuk kepada masalah air yang dihadapi rakyat Kedah sekarang.

Sanusi juga, katanya, mempermainkan gigi Rafizi, melakukan tuduhan Qazaf terhadap PM 10 dan banyak perkara tak baik diucapkan.

Sepatutnya, Sanusi fokus kepada isu polisi atau senyap lebih baik, katanya.

“Kalaupun dia menghormati tetamu LIMA, dia juga perlu tidak menyakiti negeri jiran dan dia juga perlu menjaga kata-katanya,” kata Ahmad Mursi lagi.

Sanusi kini digelar MB Lato-lato. KLIK UNTUK TONTON VIDEO

Sementara itu, satu akaun facebook yang terkenal di kalangan penyokong Pas dan PH, Ana Tahu juga memberikan lebel yang sama kepada Sanusi.

“Umum REE.. Kena curi.

“Umum Litar Lumba… Tak nampak nak jadi.

“Umum Stadium baru… Apa pun tak ada lagi.

“Umum kilang glove… Tutup dan tanggung rugi.

“Umum Airport… Pelabur lari.

“Umum RM40 bilion pelaburan ke Langkawi.. Hanya nampak zink besi.

“Bab umum serah ke dia, buat belum tentu jadi,” tulis Ana Tahu yang mendapat reaksi sangat besar menerusi facebook beliau dengan meletak #MBLato-Lato.

Bagi Ana Tahu, sikap Sanusi yang suka membuat bising dan menyerang semua orang juga menjadi punca banyak pihak menyampah kepada dia, bukan kerana Pas atau PN.

Misalnya, program pertemuan Sanusi dengan rakyat Kedah di Lembah Klang yang hendak diadakan di Maeps, Serdang telah tidak berjaya diadakan.

Padahal, program yang sama yang dibuat oleh MB Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berjalan dengan baik.

“Ni program esok di tempat sama Sanusi nak buat… Elok je jalan. Hang tu kaki kecoh. Kaki cari masalah dengan orang… Baru bincang dah heboh-heboh orang tu tak bagi orang ni tak bagi… Yang bermasalah tu perangai hang…” tulis Ana Tahu lagi sambil memberikan poster MB Terengganu di Maeps.

Program MB Terengganu di MAEPS berjalan dengan baik ketika program Sanusi tidak berjaya dilaksanakan.

 

BACA JUGA Tanah Rizab Melayu di Kedah berkurang lebih 5,000 hektar hanya dalam setahun

JUGA Anwar wajar dipuji berjaya raih pelaburan RM170 bilion hasil lawatan ke China