Selangor belanja lebih RM12 juta beri biasiswa kakitangan anak syarikat negeri

Selangor belanja lebih RM12 juta beri biasiswa kakitangan anak syarikat negeri

Kerajaan negeri Selangor membelanjakan sejumlah RM12.893 juta bagi membiayai 561 kakitangan anak syarikat dan badan berkanun bagi menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata secara purata setiap pelajar ditaja antara RM4,900 hingga RM13,550 satu semester melibatkan tajaan yuran, elaun buku, perkakas, sara hidup dan kos kajian.

“Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat sijil hingga doktor falsafah (PhD) sepanjang 2013 hingga tahun lalu.

“Kakitangan yang terima biasiswa ini terikat dengan Kerajaan Negeri manakala anak mereka bakal ditawarkan peluang kerja,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Terdahulu pada Jumaat lalu Amirudin menyempurnakan penyampaian Biasiswa Tabung Pendidikan Anak-Anak Syarikat dan Badan Berkanun Selangor (TPASBB) di Kelab Golf Seri Selangor, Petaling Jaya.

Amirudin berkata kerajaan negeri berharap agar para penerima biasiswa itu akan dapat menyumbang khidmat, bakti atau kemampuan kepada Selangor.

“Ini adalah aspek kelestarian bekalan modal insan secara berterusan dan mengikut situasi semasa,” katanya.

COMMENTS

Wordpress (0)