Selepas import, akhirnya bekalan ayam, telur akan cukup

Jaminan Gabungan Persatuan Peladang Ternakan Malaysia (FLFAM) bahawa bekalan ayam dan telur mencukupi untuk pasaran tempatan mulai sekarang disambut baik oleh rakyat.

Mereka bersyukur sesudah sekian lama ia menjadi masalah rakyat negara ini, selepas dua bulan bertukar kerajaan sahaja, masalah kekurangan telur di pasaran akan selesai.

“Baru depa tau pukulan Abang Mat kita ….terus ada,” tulis netizen bernama Mat Len yang mengulas berita pengumuman FLFAM, persatuan indok yang menjadi pelindung persatuan pengeluar ayam dan telur di negara ini.

Abang Mat adalah nama timangan untuk Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Alia Nara pula menulis, “Kan dah cakap “Import” ubat paling mujarab” menyokong langkah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengimport telur untuk mempastikan bekalan telur mencukupi.

Dalam kenyataannya semalam, FLFAM menghargai usaha kerajaan menyelesaikan isu kenaikan harga ayam dan telur berikutan bekalan makanan tersebut yang terhad sejak beberapa bulan lalu.

“Industri ternakan ayam menghargai usaha kerajaan dalam mencari penyelesaian kepada kerugian dalam industri berikutan pelbagai cabaran yang dialami di seluruh dunia dan tempatan.

“Sokongan kerajaan telah membantu industri terus beroperasi dan ini telah memberikan keyakinan industri untuk bekerja lebih keras untuk meningkatkan pengeluaran dan memastikan keterjaminan makanan pada harga berpatutan kepada negara,” kata persatuan itu.

 

BACA JUGA Mohamad Sabu habiskan cuti hujung minggu lawat ladang telur di India

JUGA Telur ayam dari India mula sampai hari ini bagi stabilkan bekalan