
Selepas lebih dua minggu Israel mengganas, PBB masih ‘buntu’ capai resolusi
Selepas lebih dua minggu Israel mengganas dengan lebih 6,000 rakyat Palestin sudah terkorban, Majlis Keselamatan PBB masih ‘buntu’ untuk mencapai resolusi perang.
Russia dan China menggunakan kuasa veto terhadap resolusi Amerika Syarikat (AS) yang mengusulkan supaya perang dihentikan seketika bagi membolehkan penyaluran bantuan kemanusiaan ke kawasan konflik dan perlindungan ke atas penduduk.
Resolusi AS iaitu sekutu rapat Israel itu juga untuk mendapat sokongan bagi menghentikan penyaluran senjata kepada Hamas dan kumpulan pejuang lain di Gaza.
Dalam draf resolusinya, AS dilihat lebih berlembut selepas kumpulan diplomat menyuarakan rasa terkejut atas kegagalan kuasa besar dunia itu mengiktiraf krisis kemanusian di Gaza, selain kenyataan bahawa Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri.
LANJUT MENYUSUL