
‘Setiap hari walaun beli beras, minyak’, cubaan nak kritik kerajaan mengundang kecaman
Cubaan seorang pengguna mengkritik kerajaan dilihat hanya mengundang kecaman terhadap dirinya bahkan blok pembangkang.
Menerusi tangkap layar yang tersebar di media sosial, individu itu mendakwa ekonomi negara semakin teruk sehinggakan yang baharu berkahwin pun terpaksa ikat perut.
“Bayangkan beli beras dengan minyak saja dah RM50.
“RM50 x 30 hari = RM1,500 dihabiskan untuk beli beras dan minyak saja. Api (bil elektrik), air lagi. Hidup melarat,” katanya.
Dalam masa sama, satu gambar dengan imej beras dan minyak masak dalam kemasan botol pula tertera kapsyen:
“Dua barang ni (minyak dan beras) dah nak RM50. Kau lelaki dah bersedia ke nak kahwin?”
Sehubungan itu, rata-rata menyindir dengan membandingkan keperluan dapur mereka sendiri termasuk yang mempunyai ramai tanggungan.
“Saya ni anak dah enam, tapi tak adanya beli beras dan minyak masak hari-hari, kadang-kadang seminggu sekali atau dua minggu sekali,” kata Mohd Ropi Mat Sin.
Malah, ada berseloroh termasuk kemungkinan individu terbabit tinggal di rumah kongsi bersama ramai pekerja asing yang memang memerlukan bahan makanan yang banyak.
“Dia duduk rumah kongsi ramai-ramai atau berjemaah dengan pendatang asing. Sebab itu, hari-hari dia beli minyak masak dan beras.
“Gila apa, beli beras dan minyak hari-hari? Bela jin Ifrit agaknya. Tak pun bela banyak polong.
“Beras dengan minyak dah RM50? Dah tu tiap-tiap hari beli. Mandi minyak dengan beras ke?
“Apalah buat pengiraan macam tu. Kalau hidup berdua minyak 5 kg tu tahan sebulan lebih. Beras 10 kg tahanlah dua bulan. Lainlah jenis sarapan minum minyak segelas,” demikian komentar sinis warganet.
Sebelum ini, penyokong Pas terutamanya dilihat sengaja menangguk di air keruh dalam isu kenaikan harga barang seperti beras putih import.
BACA JUGA Orang Pas nak juga beli beras mahal tapi salahkan kerajaan
Kalau lidah tak bertulang mulut tak berzip hati pula berulat itu lah yang terjadi