
Shahidan Kassim, Annuar Musa dilantik AJK Pas
Dua bekas pemimpin UMNO iaitu Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Shahidan Kassim sah menjadi antara sembilan ahli jawatankuasa Pas lantikan yang diumumkan parti dalam blok Perikatan Nasional (PN) itu.
Senarai pelantikan ahli jawatankuasa parti lantikan diumumkan menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Menurutnya, mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat berlangsung semalam bersetuju dengan cadangan dan pelantikan ahli jawatankuasa lantikan dan pesuruhjaya-pesuruhjaya Pas negeri dan Wilayah Persekutuan berdasarkan Fasal 25 dan Fasal 26 Perlembagaan parti.
Untuk rekod, Annuar merupakan bekas Setiausaha Agung UMNO manakala Shahidan pula pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi kemudiannya menyertai Pas selepas dipecat keahlian UMNO.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Shahidan bertanding sebagai ahli Parlimen Arau manakala Annuar pula tidak dicalonkan ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.
Berikut senarai penuh sembilan ahli jawatankuasa lantikan Pas Pusat:
1. Nasrudin Hassan
2. Mohd Yusni Mat Piah
3. Wan Rohimi Wan Daud
4. Dr Mohd Zuhdi Marzuki
5. Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh
6. Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi
7. Dr Mohd Mazri Yahya
8. Tan Sri Annuar Musa
9. Datuk Seri Shahidan Kassim
BACA JUGA Dewan Rakyat bertukar kecoh, Shahidan dakwa Tebrau sokong Israel