Siasatan ke atas Hakim Nazlan Ghazali bawah bidangkuasa kehakiman

Menteri Undang – Undang dan Reformasi Institusi Datuk Azalina Othman Said menegaskan bahawa sebarang siasatan ke atas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Ghazali jatuh di bawah bidangkuasa kehakiman.

“Sepertimana yang saya menegaskan sebelum ini di dalam Dewan Rakyat, apa-apa perkara berkaitan ini adalah di bawah bidang kuasa badan kehakiman. Kerajaan senantiasa menghormati dan terus berpegang kepada prinsip doktrin pengasingan kuasa.

Azalina turut menegaskan bahawa perkara ini tertakluk kepada keputusan Ketua Hakim Negara selaras dengan Fasal-fasal 3 dan 3A, Perkara 125, Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata begitu dalam satu kenyataan ekoran daripada sepucuk surat yang dibocorkan. Surat tersebut yang dikatakan berasal dari pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang mendakwa bahawa Nazlan telah melanggar Kod Etika Kehakiman 2009 ketika menghakimi mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International.

Nazlan juga adalah hakim menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda ke atas Najib.

Perkara itu dijelaskan oleh Azalina dalam sepucuk surat bertarikh 20 Mac kepada peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Azalina menambah bahawa Shafee perlu menulis kepada SPRM untuk mengetahui hasil siasatan.

BACA JUGA: Eksekutif jangan buat kesimpulan mudah siasatan SPRM terhadap hakim – KANUN