
Simbolik untuk ‘PNunggang’, kreativiti kumpulan perarakan ini dianggap melampau
Satu gambar perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul semalam tular di media sosial gara-gara ‘jelmaan’ unta menarik perhatian orang ramai.
‘Unta’ tersebut yang muncul dengan dipegang tali oleh seorang wanita berjubah mendahului kumpulan perarakan yang berpakaian serba putih itu.
Tampil dengan replika kepala dan leher menyerupai unta, dua individu dilihat berselubung dengan kain berwarna perang.
‘Kreativiti’ yang dilihat banyak pihak sebagai perkara baharu dalam perarakan mengenang keputeraaan Rasululullah SAW itu berlaku ketika pengaruh parti yang menunggang agama makin meluas dalam politik pilihan raya di negara ini.
“Puah jadi walaun dio mari dengey jadi unto pulak sobak,” kata pentadbir Facebook, Amran Fans Kelantan Version.
Rata-rata warganet menzahirkan rasa lucu melihat sikap yang dianggap berlebihan itu lantaran seboleh mungkin mahu menjadi orang Arab.
Ada juga yang meninggalkan meme ‘formula’ iaitu walaun bergabung dengan lebai menjadi walaunta.
“Simbolik tu untuk PNunggang. Tok Arab pun geleng kepala.
“Molek dah tu, memang jadi tunggangan puak-puak lebai ni.
“Kadang jadi walaun, kadang jadi unta.
“Sekarang perarakan dah ada haiwan. Mai guru lain 20 tahun lagi ajar lain, tak baik arak unta, ‘kan lebih bagus arak orangnya, maka ukirlah patung!” demikian antara komentar netizen.
إِنَّ ٱلَّذِى فَرَضَ عَلَيْكَ ٱلْقُرْءَانَ لَرَآدُّكَ إِلَىٰ مَعَادٍۢ ۚ قُل رَّبِّىٓ أَعْلَمُ مَن جَآءَ بِٱلْهُدَىٰ وَمَنْ هُوَ فِى ضَلَـٰلٍۢ مُّبِينٍۢ ٨٥
Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) Al-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang engkau ingini dan cintai. Katakanlah (kepada kaum yang menentangmu): “Tuhanku amat mengetahui akan sesiapa yang membawa hidayah petunjuk dan sesiapa pula yang berada dalam kesesatan yang nyata “.
(Al-Qasas 28:85)
Adakah itu ciri2 ore Islam dlm perarakan sambutan sempena MAULIDUR RASUL & juga dibuat replika menyerupai UNTA..???.(Fikir Fikirkan)