Sisi lain Menteri Komunikasi dan Digital (KKD)
Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil sering dilihat sebagai serius dan pantas menjalankan tugas, baik dalam menangani isu berkaitan mahupun isu yang dibangkitkan di media sosial.
Gambar-gambar berikut memaparkan satu lagi sisi yang jarang dilihat oleh masyarakat umum. Beliau mesra, bersahaja ketika waktu makan tengah hari di kementeriannya.
Tak cukup kerusi untuk duduk sekali. Tanpa diiringi para pegawainya, Fahmi selamba sahaja mengambil kerusi untuk duduk sekali dengan anggota media di kafe.
Fahmi selamba menyapa kakitangan dan pengunjung yang mempunyai urusan di KKD sewaktu makan tengahari sehinggakan ada yang tercengang dibuatnya.
Ke kaunter Cengkih Cafe untuk bayar bil? Bukan, ini sesi perbincangan dengan pegawai kementerian.
Perbincangannya dengan pasukan beliau dari PKR Lembah Pantai yang turut diserapkan.
Tidak kira waktu kerja atau waktu makan, semua khusyuk mendengar penjelasan dari Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Â