Siswazah menganggur di Malaysia 41,467 orang

Jumlah siswazah menganggur dalam negara berjumlah 41,467 orang. Perangkaan ini diperoleh dari Sistem Kajian Pengesanan Graduan.

Data ini didedahkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin di dalam jawapan bertulis beliau kepada soalan yang dibangkitkan oleh Jamaluddin Yahya (Pasir Salak – PN).

Jumlah ini walau bagaimanapun hanya terdiri daripada 14.5% graduan yang telah menamatkan pelajaran dalam tahun 2021.

Untuk mengatasi masalah ini, kementerian telah melaksanakan program pelbagai bakat dan kemahiran seperti berikut:

  • Pelaksanaan semakan dan penambahbaikan kurikulum secara berkala dalam tempoh tiga (3) hingga lima (5) tahun
  • Pembangunan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021-2025 sebagai dokumen strategik dan rujukan utama IPT bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui empat strategi yang telah digariskan, iaitu Pengukuhan
    Kecemerlangan Bakat; Peluasan Kerjaya Pelajar; Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP); dan Pemerkasaan Hubungan Industri.
  • Pelaksanaan padanan pekerjaan kepada graduan menerusi kolaborasi dengan PERKESO.
  • Pengukuhan agenda keusahawanan atau Job Creator di IPT menerusi Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021- 2025.
  • Pelaksanaan program latihan kemahiran dan peningkatan kemahiran