Skim Perubatan Madani untuk golongan B40 diperkenal

Skim Perubatan Madani untuk golongan B40 dan warga miskin akan diperkenalkan oleh kerajaan.

Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, skim seperti diamalkan di negeri Selangor itu akan dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan akan memperkenalkan Skim Perubatan Madani khusus untuk golongan miskin mendapatkan rawatan kesihatan di klinik dan pengamal perubatan am swasta sepertimana yang dilaksanakan Kerajaan Selangor. Sebanyak 120 juta ringgit disediakan untuk tujuan ini,” katanya.

Selain itu bagi mengurangkan kesesakan hospital, kerajaan juga akan menyuber luar pesakit daripada hospital yang sesak kepada hospital lain termasuk hospital universiti, hospital tentera dan kepada hospital swasta.

BACA JUGA Belanjawan Madani 2023: RM1.2 bilion disedia baiki 400 klinik, sekolah daif