Subsidi telur ayam diteruskan hingga Jun melibatkan RM1.28 bilion

Subsidi telur ayam akan diteruskan sehingga bulan Jun melibatkan kos RM1.28 bilion, kata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam satu kenyataan.

Keputusan untuk meneruskan subsidi dicapai dalam mesyuarat kabinet pada 17 Februari.

“Langkah ini telah diambil untuk memastikan bekalan telur ayam kekal stabil manakala kajian mekanisme dan dasar subsidi tersasar akan diputuskan tidak lama lagi,” kata kementerian yang diterajui oleh Datuk Seri Mohamad Sabu.

Kementerian tersebut turut menjelaskan bahawa langkah pengimportan telur adalah langkah sementara untuk memastikan bekalan stabil dan tidak putus.

BACA JUGA: Mohamad usahakan penyelesaian jangka panjang untuk telur, ayam