Suhaizan angkat sumpah Ahli Parlimen Pulai

Suhaizan angkat sumpah Ahli Parlimen Pulai

Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Parlimen hari ini.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Suhaizan yang dipertaruhkan Pakatan Harapan (PH), bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 18,641 undi.

Bekas Speaker DUN Johor itu meraih 48,283 undi menewaskan Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) dengan 29,642 undi, manakala Samsudin Mohamad Fauzi yang bertanding sebagai calon Bebas pula meraih 528.

Kemenangan Suhaizan yang juga Naib Pengerusi AMANAH Johor itu mencatat sejarah peribadi kepadanya selepas tewas enam kali dalam pilihan raya yang pernah ditandinginya sebelum ini.

Kemenangan Suhaizan yang juga Ketua AMANAH Bahagian Pulai itu menjadikan kedudukan keseluruhan 147 kerusi bagi blok kerajaan.

BACA JUGA Anwar bakal sampaikan khutbah Jumaat di New York

COMMENTS

Wordpress (0)