
Suhaizan Kaiat: Tokoh penerus agenda Rahmah
Saudara Suhaizan Kaiat adalah merupakan tokoh yang saya kenali seawal gerakan reformasi dicetuskan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim PMX. Beliau juga sangat rapat dengan Almarhum Saudara Salahuddin Ayub.
Kami sama-sama menggerakkan dan memberikan wajah baharu kepada terutamanya Dewan Pemuda PAS Pusat diawal tahun 2000. Suhaizan adalah tokoh yang bewajahkan amalan profesionalisma, berilmu dan berpengetahuan.
Sayang sekali pendekatan ini tidak di mendapat restu kepimpinan utama PAS dan mentaksub PAS, yang hanya mahukan sebuah pertubuhan siasah yang jumud, beku dan tidak maju kehadapan.
Suhaizan merupakan bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia. Kepakaram beliau adalah dalam bidang Kejuruteraan Perisian.
Penulis sendiri beberapa kali mendapat beberapa pandangan beliau dalam penyelidikan yang dijalankan kerana kebetulan penulis membuat penyelidikan dalan bidang Mekanik Komputasi (Computational Mechanics). Beliau merupakan tokoh yang senang dibawa berbicara.
Tokoh yang senang bertutur dengan penuh senyuman. Idea-idea pengetahuan teknologi beliau sarat dengan pengetahuan terkini. Kerapkali pembacaan ilmiah beliau tidak tercapai oleh penulis lagi kerana beliau sering kehadapn dalam memahami teknologi perisian dan pengaturcaraan (computer programming). Itulah saudara Suhaizan yang saya kenali dari sudut profesionalisma, berpengetahuan dan berilmu.
Perjuangan saudara Suhaizan dalam kegiatan politik, kemasyarakatan dan kemahasiswaan telah menjangkau hampir 30 tahun. Beliau merupakan antara pimpinan mahasiswa yang aktif ketika diuniversiti. Sosok ini telah menunjukkan keterampilan kepimpinannya dengan gaya dan sentuhan tersendiri.
Rakan-rakan mahasiswa pada zamannya pernah menceritakan kepada penulis bahawa Suhaizan seorang pemimpin yang tegas, berketerampilan, mudah di dekati dan berperinsip. Setiap saranan dan keputusan beliau sebagai pemimpin mempunyai wawasan dan objektif yang jelas.
Di hadapannya beliau hanya mahukan suatu aktiviti dan keputusan yang punya matlamat jelas. Inilah kualiti asas kepimpinan Saudra Suhaizan, objektif yang jelas, jalan yang benar, berketrampilan, mudah didekati dan berprinsip.
Ketika menerajui Dewan Pemuda PAS, itu jugalah pegangan beliau. Tatkala rakan-rakan seperjuangan Mahfuz, Salahuddin, Dr Hatta di lebel sebagai golongan “Anwariyun”, beliau terpalit sama. Sedangkan itu hanya tohmahan dangkal.
Perjuangan mereka adalah untuk keadilan, kesejahteraan, politik Rahmah dan keterbukaan perjuangan. Saudara Suhaizan turut dipalitkan bersama AlMarhun Salahuddin, Mahfuz dan Dr. Hatta.
Namun dasar perjuangan beliau yang jelas, tegas dan berperinsip tidak menjadikan tuduhan tersebut sebagai pematah semangat. Beliau bergerak bersama rakan-rakan yang memperjuangkan prinsip kebenaran dan menjulang panji-panji Islam sebagai Rahmat-al-alamin.
Suhaizan tidak pernah patah semangat dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan. Pegangan Islamnya teguh, pendiriannya mantap dan keyakinannya suci-murni.
Kualiti ini yang melayakkan beliau berbanding calon lain dalam pilihanraya parlimen Pulai menggantikan Almarhum saudara Salahuddin Ayub. Tokoh tiada tolok banding ini akan menjadi pemangkin kepada menyambung perjalanan seterusnya perjuangan Saudara Salahuddin Ayub dengan gayanya yang tersendiri. Itulah dia saudara Suhaizan Kaiat, beliau wajib dinobatkan di parlimen Pulai.
Parlimen akan membanggai beliau kerana kepetahan bicaranya dan tokoh ilmuawan yang memiliki kehebatan berhujah. Pengundi Pulai memerlukan seorang tokoh yang mudah didekati, tokoh berketerampilan serta memahami isu masyarakat.
Suhaizan bukanlah tokoh celupar mulut dan kaki memaki hamun. Beliau tokoh sopan dan mempunyai pengalaman mentabdir yang luas. Mulai sebagai pensyarah universiti sehingga kepada seorang Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, beliau telah teruji dalam banyak perkara.
Teruji sebagai pimpinan mahasiswa, pengurusan politik, pendidik yang berketrampilan dan peneraju Dewan Undangan Negeri yang adil. AlMarhum Salahuddin melantik Saudara Suhaizan sebagai Setiusaha Politik adalah kerana kecekapan saudara Suhaizan dan sebagai benteng pertahanannya dalam politik.
Ketika hendak melantik Saudara Suhaizan sebagai SETPOL beliau, Almarhum pernah bertanya kepada penulis kesesuaian Saudara Suhaizan untuk menjadi ‘pendamping’ beliau di kementerian.
Penulis memberikan beberapa pandangan dari pelbagai penjuru, dan semua penjuru yang positif dan terbaik , berada dalam diri Saudara Suhaizan Kaiat.
Pengundi Parlimen Pulai tidak usah gusar hati terhadap Saudara Suhaizan. Tokoh masyarakat ini akan berkhidmat secara terbaik, penuh integriti dan dengan tatakelola yang tinggi. Beliau tokoh yang kuat berkorban.
Saudara Suhaizan tokoh yang akan mengutamakan rakyat, menjiwai hati nurani rakyat, menyantuni rakyat dengan akhlak dan tutur yang mulia. Mencaci-maki bukanlah akhlak Suhaizan. Tokoh berakhlak mulia ini adalah tokoh terbaik yang akan meneruskan inti pati perjuangan mulia saudara Salahuddin Ayub.
Suhaizan akan menjadi pendorong kesatuan masyarakat Pulai yang berbilang kaum dan laras kehidupan. Anda pengundi Pulai akan berbangga dengan Saudara Suhaizan Kaiat.
- Penulis adalah rakan rapat Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Suhaizan Kayat yang mengenali rapat kedua-dua mereka.
BACA JUGA Kerap turun padang jadikan Suhaizan calon ‘favourite’ di Pulai