
Sultan Johor diisytihar Yang di-Pertuan Agong ke-17
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari 2024.
Pengisytiharan itu dibuat menerusi mesyuarat khas Majlis Raja-Raja di lstana Negara, hari ini.
Majlis Raja-Raja turut mengisytiharkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.
LANJUT MENYUSUL