Surat terbuka kepada PMX

Surat terbuka kepada PMX

Assalamualaikum Datuk Seri,

Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam memberikan isyarat yang jelas kepada kerajaan perpaduan.

Mesej yang disampaikan oleh pengundi khususnya di Kedah, Kelantan dan Terengganu, serta sebahagian di Selangor dan Pulau Pinang sangat jelas. So loud and so clear.

“Bagi apa pun, kami ambil. Nak ajak kami untuk undi Kerajaan Perpaduan, sorry. Kami tetap akan undi Pas-PN’

Apa maknanya Datuk Seri?

Maknanya, keikhlasan dan kejujuran Datuk Seri dan Kerajaan Perpaduan untuk berkhidmat kepada rakyat dipandang sinis.

Ketegasan Datuk Seri memacu negara ke arah kosong rasuah dan negara berintergriti, dianggap hanya sebuah retorik politik.

Bantuan dan subsidi berbilion ringgit yang dihamburkan bagi meringankan beban kehidupan rakyat, diterjemahkan sebagai gula-gula pilihan raya.

Bukan sekadar tiada ucapan terima kasih dan menghargai usaha, malah dijadikan bahan lawak jenaka sinis oleh sebahagian besar penerima.

Demikianlah mesejnya.

Justeru, di ruangan maya ini, kami sebagai bala-bala ‘tentera infantri’ di barisan hadapan ingin menarik perhatian Datuk Seri yang kami sayangi.

Cukup-cukuplah. Sudah-sudahlah. Pendekatan harus diubah.

Kalau kaedah diplomasi tidak dihargai, sampai masanya kena kekang sedikit dengan ‘kuku besi’.

Kalau kaedah lembut tak jalan, kena keraslah sikit Datuk Seri.

Sebahagian besar rakyat terutama orang Melayu ni, susah nak faham bahasa diplomasi.

Bila Datuk Seri nak buat Malaysia Madani, mereka sindir dengan “Mahaldahni”. Bila Datuk Seri bercakap tentang pelaburan masuk, mereka kata asal buka mulut sahaja bohong.

Yang mereka sanjung dan lambung, Abah Cow yang jadi PM 17 bulan.

Ceritalah apa pun, bawalah kisah kesengsaraan hidup rakyat sepanjang 17 bulan dia jadi PM, bukalah kembali kisah beribu rakyat gantung diri, ungkaplah sejarah rakyat terputus bekalan makanan sampai kena angkat bendera putih.

Bagi mereka ‘Abah tetap terbaik’.

Dakwalah dengan berbilion duit Jana Wibawa yang dilarikan, dakwalah dengan kes jual menara Kuala Lumpur melibatkan kerugian jutaan ringgit wang rakyat, dakwalah kisah berjuta ringgit minyak masak subsidi yanv diselewengkan oleh anak pinak mereka, bongkarlah kisah ratusan juta REE yang digali secara haram dan diseludup ke luar negara, “PN tetap Best”.

Justeru, apa solusinya?

Keputusan PRN sudah terang lagi bersuluh. PH-BN ditolak secara besar-besaran. Pilihan Raya Umum Ke-16 ada 4 tahun sahaja lagi. Masa 4 tahun bukanlah lama. Pejam celik, pejam celik akan smpai tarikhnya.

Kami nak tanya Datuk Seri. Kerajaan Perpaduan nak perintah setakat penggal ini sahaja ke? Atau nk ambil lagi lepas PRU16 nanti?

Kalau nk ambil lagi, bermula sekarang Datuk Seri kena buat sesuatu. Kena buat segera.

Pertamanya lantik cepat Penyelaras Parlimen (PP) di setiap Parlimen yang PH-BN kalah. Salurkan peruntukan melalui PP.

Biar PP lantik JPKK, supaya JPKK boleh turun ke bawah untuk buat kerja. Bagi jawatan, bagi peruntukan.

Biar jentera di bawah buat kerja. Kami lebih tahu dan lebih kenal grassroot. Kami tahu di dalam setiap PDM kami, siapa yang lebih layak disantuni.

Kami lebih faham sasaran. Daripada berbilion ringgit Datuk Seri taburkan ‘ke laut’, diberikan kepada yang tidak pandai menghargai, lebih baik peruntukan diberikan secara bersasar, agar setiap sen yang dibelanjakan dari duit rakyat itu dihargai.

Kalau ada yang cuba mempertikaikan kononnya Kerajaan Perpaduan tidak mengamalkan semangat federalism, Datuk Seri boleh sekolahkan begini.

Tanya diri, asas bernegara datangnya dari 5 prinsip rukun negara. Baca yang ke 5.

‘Kesopanan dan Kesusilaan’.

Kalau dengan seorang Perdana Menteri pun dibahasakan dengan ‘kepala bapak hang’, tak payahlah nak sembang tentang Federalism. Itu sahaja hujahnya.

Satu lagi, sebahagian besar penjawat-penjawat awam kat bawah tu tengok-tengok sikit Datuk Seri.

Macam dah naik tocang sangat. Cikgu-cikgu pun ramai duk kempen anak-anak murid. Ajar ajaran songsang.

Suruh angkat kerajaan yang rasuah berbilion ringgit dan tolak kerajaan yang benteras rasuah. Kumpulan ini ancaman besar kepada negara.

Mereka minta macam-macam naik gaji, minta bonus itu ini tapi kempen suruh undi abah cow yang sekaranf berhadapan dengan berpuluh-puluh kes mahkamah, songlap duit negara.

Benteras ajaran songsang ini secara serius Datuk Seri. Jangan smpai nasi sudah menjadi bubur.

Buat sementara waktu ini Datuk Seri,

Bebal tidak sesuai dilayan dengan budiman.

Kata nista tidak sesuai dilayan dengan budi bicara.

Kurang ajar tidak sesuai dengan sekadar nasihat.

Kami dalam askar dulu Datuk Seri pijak perut je ubatnya!

Harap Datuk faham maksud kami.

Pimpinan kecil bawahan,

P001, Padang Besar.

Surat dari seorang pengguna Facebook, Desa HM

COMMENTS

Wordpress (0)