‘Takkanlah Islam dalam tangan Buddha kot?’, kata penyokong PN

‘Takkanlah Islam dalam tangan Buddha kot?’, kata penyokong PN

Logo Malaysia MADANI yang diangkat menjadi logo rasmi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 (HKHM2023) dilihat terus tidak disenangi pembangkang.

Malah, seorang penyokong Perikatan Nasional (PN) mengaitkan logo simbolik tangan yang sedang diangkat untuk melafazkan ikrar Rukun Negara itu dengan sentimen agama dan sistem kepercayaan.

“Logo Merdeka serupa Freemason? Sebenarnya tidak, logo tapak tangan tu bukan logo Freemason, tapi ianya mirip Buddha’s Palm.

Buddha Palm tu ada dalam salah satu simbol agama dalam circle Universal Brotherhood yang berpaksikan freemason,” kata pengguna Facebook, Mujahidin Zulkiffli. 

Dia menulis bahawa dalam circle Universal Brotherhood pun terdapat logo bulan dan bintang (Islam), logo salib (Kristian), logo bintang David (Yahudi) dan logo-logo agama lain.

Individu itu juga membiarkan tuduhan yang dilontarkannya untuk dijawab Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP sebagai parti komponen gabungan Kerajaan Perpaduan.

“Dalam bendera Malaysia, bulan dan bintang melambangkan Agama Persekutuan iaitu Islam.

“Tetapi, kenapa kerajaan Madani guna simbol tapak tangan mirip Buddha’s Palm mengelilingi simbol bulan dan bintang?

“Takkanlah Islam dalam tangan Buddha kot? Haaa.. itu yang PMX dan DAP kena jawab!” tegasnya.

Atas sebab itu juga, tambahnya lagi, Pas menolak penggunaan logo Hari Kebangsaan yang diumumkan kerajaan Persekutuan.

“Jadi, tak perlulah nak persoal kenapa Pas tak nak pakai logo tu,” kata Mujahidin lagi.

Selepas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos lalu yang menyaksikan PN menang besar di Kelantan, Terengganu dan Kedah selain menyusup dalam Selangor, penyokong PN dilihat semakin galak menyebarkan tohmahan terhadap Kerajaan Perpaduan.

Selain tohmahan kononnya Melayu dan Islam terancam sejak PRU15 tahun lalu lagi, kepimpinan Pemuda PN juga menolak untuk menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan.

Menjelang ulang tahun 31 Ogos ini juga, penyokong pembangkang bahkan mempertikai kewujudan perkataan ‘liberal’ pada Rukun Negara walaupun ideologi kebangsaan itu sudah terbentuk sejak tahun 1970.

BACA JUGA Perkukuh naratif Islam, kita tiada masa yang mewah

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar
    Basodia 4 weeks

    Ini ajaran Islam pas . Kita kena cari kesalahan orang lain dan hebohkan kepada umum supaya pas dapat kuasa. Dengan kuasa itu nanti dapat lah pas merintah Malaysia nanti . Ketika itu baru lah Islam pas boleh dilaksanakan