
Tanah Lojing Kelantan rupanya dijual pada tauke Cina, Pas diselar hipokrit
Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang Kelantan yang dilapor berjaya menanam ladang durian Musang King terbesar, dimiliki oleh seorang tauke Cina.
Menerusi pendedahan yang tular di media sosial, Pas dipercayai menjual tanah seluas 2,545 ekar kepada tauke Cina dengan pajakan selama 99 tahun. Seekar tanah dijual pada harga RM3,603.
Untuk rekod, ladang durian yang ditanam di Tanah Tinggi Lojing merupakan milik Sindiyan Plantation Sdn Bhd (Sindiyan).
Menurut pencarian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pengarah Sindiyan Plantation merupakan dua individu bernama Gan Boon Tian dan Chai Chun Hee.
Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Mohd Hisyamuddin Ghazali menyifatkan penjualan tanah Lojing kepada tauke Cina merupakan satu penipuan kepada rakyat Kelantan.
Katanya, ramai rakyat dan ahli perniagaan negeri itu layak diberi peluang membeli tanah tersebut, namun Pas yang kononnya memperjuangkan Melayu telah menjual tanah tersebut kepada tauke Cina.
“Banyak lagi rakyat IC 03 boleh memiliki tanah tinggi Lojing dengan suhu yang sejuk seperti Cameron Highlands jika ia dijual dengan harga RM3,000 lebih seekar.
“Tapi sayang! Pas kata mereka perjuangkan Melayu, akhirnya dapat kat Tauke Cina juga!
“Perjuangan agenda Melayu hanya slogan untuk menang Pilihanraya di Kedah, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis,” katanya di Facebook.
Pas teruk dikecam gara-gara parti itu sering memainkan naratif perkauman seolah-olah kaum Cina adalah musuh mereka.
Sebaliknya, apa yang berlaku mereka berurusan dengan Cina untuk kebanyakan projek dilaksanakan kerajaan negeri.
Pas turut dilabel hipokrit selepas pendedahan berkenaan penjualan tanah Lojing tersebar di media sosial.
Pada 15 September lalu, Kelantan dilapor merekodkan sejarah baharu apabila memiliki ladang durian Musang King terbesar di negara ini yang berkeluasan hampir 3,000 hektar di kawasan Tanah Tinggi Lojing.
Ladang Sindiyan kini adalah ladang durian terbesar dalam negara apabila mempunyai lebih 200,000 pokok durian.
BACA JUGA Kada lancar Pasukan Task Force Pasir Puteh untuk laksana projek mini Sekinchan
It’s ‘PAS’, use capital letters for names, please. And it’s not ‘beredar’, it’s ‘berlegar’. Don’t you lot have your editor? Such a lame mistake
It depends on house style in the editorial room.
STOP ALL THE POLITICS AND LET THE STATE LIVE. ONLY LEADERS ARE POLITICIANS, WHILE THE STATE’S PEOPLE ONLY “CARI MAKAN” FOR SURVIVAL. THEREFORE, EVERY POLITICIAN, YOU JUST STOP “THE DIRTY POLITICS” AND SHUT UP. THANK YOU FOR NOT POKING AROUND.
Kes ni kena tanya Husam Musa,atas sebab inilah hubungan TGNA dgn Husam menjadi renggang malah pihak istana Kelantan pun reject Husam Musa kerana menjadi barua DAP…
Hipokrit & munafik.
Apa hukumnya?
3 alamat Selangor..tak rasa ianya sesuatu yg tak kena ke??
[…] Harapandaily.com melaporkan, kerajaan PAS dipercayai menjual tanah seluas 2,545 ekar kepada tauke Cina dengan pajakan selama 99 tahun. […]