Tanpa fitnah dan adu domba, ini tiga TikTokers patut anak muda contohi

Tanpa fitnah dan adu domba, ini tiga TikTokers patut anak muda contohi

Oleh KHALID PATTALI

Tiga speaker bukan agamawan pilihan saya di TikTok:

1) Zainal Rashid Ahmad

Saya pernah kerja dengan Abang Nal ni masa di TV Al-Hijrah tapi jabatan berlainan. Selalu dengar anak-anak buah dia puji cakap Abang Nal ni genius.

Bila dia berhenti TV Al-Hijrah dan buat live di Facebook bercerita tentang pelbagai isu, baru saya nampak kegeniusan Abang Nal ni.

Ilmu pengetahuan beliau sangat luas, mendalam dan memang tak hairan sebab beliau suka membaca. Kalau dalam bidang agama kita ada Dr Maza, kalau dalam bidang kemasyarakatan kita ada Abang Nal.

2) Ahmad Feizal

Aku tak suka sangat pasal geopolitik, tapi bila Ahmad Feizal ni bercerita memang best sebab penerangan dia ringkas dan tersusun.

Benda-benda berat yang saya malas ambil tahu pun boleh buat saya asyik mendengar bila AF ni yang bercerita.

Lagi satu, dia suka adakan visual/grafik dalam semua penceritaan dia. Kalau di Facebook dia macam Ayman Rashdan Wong cuma Ayman tu lagi teliti penulisan dia.

3) Nazri Hamdan

Nazri ni neutral. Dia ulas ekonomi sebab itu kepakaran dia. Bukan sebab cenderung kepada parti mana-mana.

Saya terpaksa dengar sebab nak elakkan kena kencing dengan macai dan pemimpin politik yang suka mainkan isu ekonomi untuk hentam lawan politik mereka.

Kalau di Facebook, saya suka baca penulisan Izzudin.

 

BACA JUGA Ulama Pas tersohor diumum ‘Popular Fitnah Creator of The Year’

COMMENTS

Wordpress (0)