
‘Terhumban ke Kawah Neraka’ jadi sebutan
Sebuah buku tulisan bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Ahmad Dusuki Abdul Rani menjadi sebutan orang ramai ketika kecoh isu saman fitnah terhadap Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.
Buku dengan judul ‘Terhumban ke Kawah Neraka’ berwarna merah dan hitam itu turut memaparkan wajah Dusuki yang berkopiah sambil tersenyum.
“Di sana hanya ada kegelapan, suara raungan, penyesalan dan azab yang tak berkesudahan…,” demikian ungkapan tertera di kulit buku muka depan itu.
Dusuki yang juga anak saudara bekas Mursyidul Am Pas merangkap Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat itu turut dinyatakan sebagai ‘penulis bestseller Siri Mau’izhah Hasanah’.
Pelbagai komentar warganet mengulas buku yang dikarang ustaz Pas yang pernah kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) itu.
“Maka terbeli pula buku ini. Nak hadiahkan pada penulis,” tulis pengguna Facebook, Faeez Azahar.
Dalam hal berkaitan, Dusuki menafikan dia kalah dalam kes saman fitnah terhadap Dr Mujahid ekoran kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu di media sosial pada 22 November 2020.
Kata Dusuki, dia sebaliknya berjaya menyelamatkan hampir RM300 juta nilaian tanah ladang harta pendeposit Tabung Haji (TH).
BACA JUGA Dusuki tarik balik rayuan saman fitnah terhadap Mujahid, diperintah bayar RM5,000