Thaipusam: Kesepakatan rakyat Selangor perlu dipelihara, dihormati – MB

Perpaduan dan kesepakatan yang wujud dalam kalangan rakyat Selangor merupakan aset yang perlu sama-sama dipelihara dan hormati, kata Datuk Seri Amirudin Shari.

Menteri Besar berkata Selangor yang merupakan negeri termaju di negara ini menjadi sebuah negeri rencam dan makmur hasil perpaduan dan kesepakatan masyarakat berbilang bangsa dan agama.

“Perpaduan dan kesepakatan ini adalah unik serta merupakan aset Selangor yang harus kita sama-sama pelihara dan hormati.

“Sebagaimana kemenangan Dewa Subramaniam yang menjadi petanda kemenangan kebaikan mengatasi kejahatan, marilah kita sama-sama terus berkorban demi kebaikan dan kemaslahatan rakyat Selangor seluruhnya,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu malam.

Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata tahun ini sambutan Thaipusam tentu sekali lebih meriah dengan kejayaan membentuk Kerajaan Perpaduan setelah Pilihan Raya Umum ke-15.

“Atas ingatan tersebut, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu,” katanya.

Amirudin bersama orang ramai menikmati jamuan nasi lemak yang dihidangkan dalam program pengedaran percuma makanan tersebut sempena sambutan Thaipusam atau dikenali sebagai Thaipusam Annathanam di kawasan parkir Stesen KTM Batu Caves pada 5 Februari 2023.

Amirudin  yang juga wakil rakyat Sungai Tua berkata saban tahun, kawasan Gombak terutama Batu Caves akan menjadi tumpuan seluruh dunia ketika Sambutan Hari Thaipusam.

“Seperti lazimnya, para penganut agama Hindu akan berarak, berpuasa dan mengangkat Kavadi, kemuncak penyembahan mereka kepada Dewa Murugan.

“Amalan dan kepercayaan ini adalah dianggap suatu bentuk pengorbanan tertinggi oleh seorang penganut Hindu.

Simbolik pengorbanan ini juga adalah tanda kesyukuran mengalahkan kejahatan,” katanya.

May be an image of 1 person and text that says 'n 富 #KitaSelangor 9 සම சமய நெறியுடன் தைப்பூசத் திருநாளை கொண்டாட வாழ்த்துகள் HAVE A BLESSED THAIPUSAM DATO' SERI AMIRUDIN SHARI DATO' MENTERI BESAR SELANGOR Û PARLIMEN GOMBAK'