Tiada definisi royalti dalam Akta Kemajuan Petroleum

Tiada definisi statutori berkaitan royalti dalam konteks penyaluran hasil petroleum untuk semua negeri di Malaysia di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada Datuk Ahmad Shaary (PN-Pengkalan Chepa yang meminta penjelasan berhubung pembayaran royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan sepertimana yang termaktub di dalam perjanjian di antara kerajaan Kelantan dan Petronas.

Marzuk turut menuduh bahawa kenyataan Azalina sebelum ini tidak tepat kerana Akta Laut Wilayah 2012 telah ditolak dalam persidangan DUN Kelantan pada 2015.

Azalina menjelaskan bahawa Bayaran Tunai Hasil Petroleum dilunaskan berdasarkan Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Pembayaran Wang Tunai 1975
(Cash Payment Agreement) bagi minyak mentah, kondensat dan gas asli yang didapati dan diperolehi di dalam negeri.

Beliau turut mendedahkan bahawa tiada negeri di Semenanjung Malaysia mendapat Bayaran Tunai Hasil Petroleum secara perundangan kerana medan pengeluaran petroleum terletak melebihi 3 batu nautika dan berada di luar wilayah negeri.

BACA JUGA: Terengganu gagal jana hasil, terus bergantung royalti petroleum