Tiada sekatan warga asing beli beras tempatan

Tiada sekatan warga asing beli beras tempatan

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menolak cadangan larangan penjualan beras putih tempatan kepada warga asing.

“Tidak dibuat keputusan lagi, sebab warga asing pun perlu makan.

“Jangan lupa mereka pun berkhidmat untuk keperluan negara kita,” kata beliau ketika sesi penggulungan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Cadangan tersebut dibuat oleh Exco Kesihatan dan Anti Dadah Melaka Dr Akmal Saleh untuk mengatasi masalah kekurangan beras.

Hari ini perkara ini dibangkitkan oleh Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang).

Mohamad yakin masalah bekalan beras yang melanda negara ketika ini akan dapat diatasi kerana ia berlaku akibat pembelian panik dalam kalangan rakyat.

“Isu beras ini ia berlaku paling hebat pada 2008 dan 2014, kedua-dua masa itu dapat diatasi dengan baik.

“Kali ini saya yakin dapat diatasi dengan baik,” katanya.

Pembelian panik berlaku kerana kenaikan harga beras import.

COMMENTS

Wordpress (0)