‘Tidak pulang dengan tangan kosong, orang kuat Umno pun suka YB PH’

Rakyat Negeri Sembilan tanpa mengira fahaman parti politik mendapat pelbagai bentuk bantuan hasil puluhan inisiatif kerajaan diterajui Pakatan Harapan (PH) sejak tahun 2018.

Pengerusi Surau al-Hira di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bersepadu Senawang, Harun Idris, 49, berkata, hal tersebut turut diakui oleh penyokong Umno sendiri.

Beliau berkata, respon umum yang diperolehnya daripada kenalan dan rakan Umno-BN mendapati rata-ratanya berpuas hati dengan khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani.

Harun Idris

“Walaupun orang kuat Umno, mereka pun mengaku susah nak dapat YB begini (Taufek) yang banyak memberi bantuan kepada rakyat.

“Rakan-rakan Umno selalu cakap, YB Taufek bagus. Itu respon ketika belum ada lagi Kerajaan Perpaduan. Sekarang, pastinya sokongan mereka (penyokong Umno) lebih baik,” katanya ketika ditemubual Harapan Daily hari ini.

Beliau berkata, wakil rakyat dari AMANAH berkenaan dan kakitangan pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi melayan setiap rakyat yang datang meminta bantuan dengan sebaik mungkin.

“Kalau rakyat pergi ke pejabat YB (Taufek), minta apa saja, tidaklah pulang dengan tangan kosong. Pasti ada juga dapat. Kumpulan staf YB banyak membantu.

“Kerajaan Negeri Sembilan melalui DUN Paroi ini susah macam mana pun, orang yang datang mohon bantuan, memang akan ada bantuan alternatif yang diperolehnya. Hanya yang membezakan lambat atau cepat bantuan yang dimohon diterima.

“Lagi pula, Datuk (Taufek) tidak membezakan sokong parti mana. Semua dapat (bantuan). Bantuan barangan dapur sentiasa siap sedia ada. Kalau orang sakit perlukan kerusi roda, kita maklumkan pada pihak YB, memang cepat bantuan diberi,” ujarnya.

Menurut Ketua AMANAH Cawangan PPR Jasmin berkenaan, situasi mudah berurusan dengan pihak pejabat ADUN Paroi itu membolehkan usaha membantu golongan B40 yang mendiami PPR Bersepadu Senawang berjalan lancar.

“Ramainya (penduduk PPR Bersepadu Senawang) daripada kira-kira 300 pintu terdiri merupakan orang susah. Ada yang berniaga, bekerja kilang. Pendapatan pun kurang RM3,000.

“Tapi usaha-usaha yang murni untuk membantu B40 dan orang sakit ini banyak dari YB Taufek. Memang mudah berurusan dengannya,” kata Harun.

Sehubungan itu, beliau berharap agar rakyat terutamanya pengundi pada PRN Negeri Sembilan nanti dapat mengekalkan perkhidmatan YB Taufek di Paroi.

“Setiap minggu YB melawat orang sakit di kawasannya. Saya sebagai wakil daripada surau mendapati hal berurusan dan memberi manfaat kepada penduduk ialah YB Taufek.

“Beliau (Taufek) perlu dikekalkan. Bukan kerana YB yang dulu tidak buat kerja tapi YB Taufek kini terbukti bagus.

“Agihan bantuan menyeluruh tidak terhad kepada ahli atau penyokong parti sahaja. Jadi, tidak timbul soal ada orang susah yang layak tapi tidak dapat bantuan tapi tak dapat,” tambahnya lagi.

 

BACA JUGA Beli ayam, minyak lebih murah hingga 30 peratus di Negeri Sembilan