Tiga TikTokers Pas sudah ‘hilang’ dari radar?

Kelibat tiga TikTokers wanita Pas yang pernah popular beberapa bulan lalu gara-gara fitnah yang dijaja kini didapati ‘hilang’ dari media sosial.

Rata-rata penyokong Pakatan Harapan (PH) ‘tercari-cari’ mereka yang antara lain pernah mendakwa “nak sakau duit pun tanya Nurul Izzah”.

Dua daripadanya merupakan lepasan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) manakala seorang lagi graduan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Semakan mendapati akaun Facebook mereka terbabit kali terakhir dapat dikesan pada Februari lalu.

Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat kemungkinan mereka bakal muncul tidak lama lagi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Bahkan, warganet berpandangan kemungkinan mereka terbabit masih aktif tetapi atas nama di akaun media sosial yang berbeza.

Tidak kurang juga yang berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang menabur fitnah dan cuba menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

“Walauntit-walauntit ni di mana? Lepas fitnah Nurul Izzah, hilang dari radar terus.

“Senyap dah ke atau masih aktif menabur?

“J-KOM (Jabatan Komunikasi Komuniti) dan PDRM siasat dan ambil tindakan di bawah perkara maklumat palsu, tidak benar, menghasut,” demikian antara komentar warganet.

Propaganda pembangkang dengan ramuan fitnah menerusi TikTok sejak tahun lalu diakui banyak penganalis dan badan kajian politik sebagai penyumbang kepada keputusan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Terdapat pengundi baharu dan pengundi 18 tahun kemudiannya mengakui menerusi media sosial bahawa mereka telah terperdaya dengan rantaian fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan (PH) sehingga bertindak mengundi Perikatan Nasional (PN).

BACA JUGA  Akaun TikTok ‘walaun’ tabur fitnah cecah lebih 1 juta ‘likes’