Tol SUKE fasa dua percuma 14 hari bermula tengah malam ini

Tol SUKE fasa dua percuma 14 hari bermula tengah malam ini

Lebuh raya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) fasa dua akan mula dibuka kepada pengguna bermula jam 12.01 malam ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, pembukaan fasa dua itu menawarkan kesalinghubungan dan penyuraian trafik lebih berkesan.

Menurutnya, SUKE fasa dua melibatkan jajaran utama sepanjang 7.8 kilometer dari Sri Petaling sehingga Cheras – Kajang yang merupakan laluan kepadatan tinggi.

“Antara skop pembinaan lebuh raya ini adalah melibatkan pembinaan dua persimpangan baharu iaitu Persimpangan Sri Petaling dan Persimpangan Sungai Besi dan juga pembinaan satu plaza tol bertingkat di Plaza Tol Alam Damai,” katanya.

Nanta berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Pembukaan Fasa Dua Lebuh Raya Bertingkat SUKE di ibu negara hari ini.

Dalam pada itu, kata beliau pengguna yang melalui Plaza Tol Alam Damai boleh menikmati laluan percuma selama dua minggu.

BACA JUGA Tol percuma jimatkan kos rakyat sambut lebaran

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )