Tradisi waktu pertanyaan perdana menteri

Fajar baru menyinsing. Amalan baru di Dewan Rakyat ialah waktu pertanyaan perdana menteri. Ia bermula hari ini, 14 Februari 2023.

Aturan urusan mesyuarat bagaimanapun hanya menyebut waktu pertanyaan menteri sahaja. Terdapat usaha memperkenalkan waktu pertanyaan perdana menteri oleh pentadbiran Najib Razak.

Walau bagaimanapun ia diubah kepada waktu pertanyaan menteri.

Waktu pertanyaan perdana menteri adalah amalan negara demokrasi. Malaysia mewarisinya dari United Kingdom memandangkan Malaysia ialah negara Komanwel.

Sekarang kita lihat bagaimana ia diamalkan di UK.

Soalan boleh dikemukakan oleh semua ahli parlimen, baik dari blok kerajaan mahupun pembangkang.

Ketua pembangkang mempunyai peluang untuk bertanya maksima sebanyak enam soalan.

Sesi pertanyaan di United Kingdom biasanya dibuat pada waktu tengahari hari Rabu.

Di Malaysia, ia akan dibuat pada sebelah pagi hari Selasa dalam tempoh sejam.

BACA JUGA: Dewan Rakyat mula bersidang hari ini