Tuduhan Azmin usaha bela Mahiaddin melalui pintu belakang
Tuduhan Datuk Seri Azmin Ali terhadap J & E Advance Tech merupakan usaha Azmin membela presiden parti Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Yassin melalui pintu belakang
“Azmin Ali dalam usahanya yang terdesak untuk mencipta suatu pengalihan dari isu pendakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin di mahkamah telah mengambil pendekatan ” pintu belakang ” kegemarannya dengan menggunakan “lame spin” dari suatu pengimportan telur biasa kepada satu senario palsu mengenai “rundingan terus” oleh Kerajaan Malaysia untuk “membeli telur import” dari kami, iaitu adalah satu pembohongan nyata.
“J&E Advance Tech Sdn Bhd tidak pernah menjual telur kepada Kerajaan Malaysia dan hanya mengimport telur sebagai langkah sementara untuk membekal pasar raya tempatan, pasar mini dan pasar raya semasa musim perayaan dari Disember 2022 hingga Jun 2023 kerana terdapat kekurangan yang serius di pasaran mulai Oktober 2022, yang menyebabkan kami memohon kebenaran daripada Kerajaan Malaysia untuk mengimport telur untuk membantu menyelesaikan kekurangan yang serius di pasaran,” kata J&E Advance Tech dalam kenyataan medianya.
Kelmarin ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu tersebut mendakwa bahawa kontrak mengimport telur telah diberikan kepada Deepak Jaikishen secara rundingan terus semasa berucap di Ceramah Perdana: Solidariti Menentang Kezaliman yang dianjurkan oleh Perikatan Nasional (PN) di Dewan Dato’ Ustaz Fadzil Noor, Taman Melewar, Kuala Lumpur, pada 11 Mac 2023.
Persoalan berkenaan pengimportan telur turut diajukan di Dewan Rakyat.
J&E Advance Tech turut menjelaskan bahawa kelulusan syarat import dan pengesahan veterinar yang diperolehnya adalah untuk jangka waktu pendek dan bertujuan untuk mengekang kekurangan bekalan telur semasa musim perayaan dalam separuh pertama tahun ini.
Syarikat ini turut meminta Azmin Ali membuat kenyataan pembetulan berhubung tohmahan palsunya dalam tempoh 72 jam.
Kegagalan Azmin berbuat demikian akan mengakibatkan J&E Advance Tech memulakan tindakan undang-undang.
“J&E Advance Tech Sdn Bhd dengan ini menuntut supaya Azmin Ali membuat pembetulan yang perlu dengan membuat dan mengeluarkan kenyataan pembetulan yang relevan secara bertulis kepada kami dan di platform media sosial yang kerap digunakan dalam tempoh tujuh puluh dua jam dari tarikh ini, jika tidak kami akan memulakan tindakan undang–undang terhadapnya.”