Ulama Pas doakan menteri “hidup resah” selepas anggap kacau Sanusi

Ulama Pas doakan menteri “hidup resah” selepas anggap kacau Sanusi

Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak Pas Pusat, Mokhtar Senik mengunakan doa sebagai ‘senjata’ demi mempertahankan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Dia memohon kepada Allah agar urusan seorang menteri Kerajaan Perpaduan disukarkan kerana dianggap ‘sibuk cari hal’ terhadap aktiviti pelombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah.

“Ya Allah susahkanlah urusan orang ini yang sibuk cari hal untuk menyusahkan hamba-hambamu khususnya MB Kedah dan rakyat Kedah.

“Jadikan hatinya semakin sakit dan hidupnya resah kecuali ia kembali meluruskan hati dan urusannya kepada-Mu,” tulis Mokhtar di Facebook miliknya.

Menerusi hantaran itu, Mokhtar berkongsikan tangkap layar laporan berita bertajuk, “Wujud elemen buruh paksa dalam aktiviti lombong REE – Saifuddin”.

Beberapa orang dipercayai penyokong Pas meninggalkan komentar ringkas, ‘Amin’ terhadap doa dibacakan calon yang kalah bertanding di Parlimen Padang Besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) itu.

Semalam, Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan wujud elemen buruh paksa dan pemerdagangan manusia dalam aktiviti pelombongan REE di Kedah.

Menurutnya, elemen itu terbongkar ekoran tangkapan 52 individu termasuk pekerja asing di Bukit Enggang, Sik sepanjang tahun ini.

Beliau berkata, pihak polis yang menyiasat kes itu mendapati pekerja asing terbabit bekerja tanpa upah sekaligus merupakan amalan buruh paksa.

Untuk rekod, Pas sebelum ini dikenali satu-satunya parti di Malaysia yang menyaksikan pemimpin mereka ‘menunggang’ bacaan doa untuk menyerang musuh politik.

BACA JUGA Wali Allah: Pemimpin Pas anggap umat alami musibah jika ‘hilang’ Abdul Hadi

 

COMMENTS

Wordpress (0)