Upko bertukar kepimpinan

Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) memperbaharui kepimpinan parti mereka apabila Ewon Benedick mengambil alih jawatan presiden parti daripada William Tadius Mangau semalam.

Majlis pengambilalihan jawatan berlangsung petang semalam di Pusat Kebudayaan Penampang. Ewon ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Ahli Parlimen Penampang. Selain itu, beliau juga Adun Kadamaian.

William pula Ahli Parlimen Tuaran.

Upko ialah parti komponen Pakatan Harapan sejak Ogos 2021.

Ewon yang tidak dapat menghadiri majlis tersebut kerana menghadiri sesi pemukiman jemaah menteri.

Di dalam satu rakaman video yang disiarkan, beliau menyatakan bahawa beliau akan meneruskan perjuangan untuk memastikan enam perkara berkaitan hak dan kepentingan Sabah yang telah dikemukakan di dalam manifesto akan dilaksanakan.